Huawei Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50%

Bila sebut mengenai diskaun, siapa saja yang tidak gemarkannya? Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka menawarkan diskaun sehingga 50% buat peranti Huawei.

Diskaun pemotongan harga 50% ini khas dari tarikh 1 Julai hingga 8 Julai 2019. Namun setakat ini Huawei masih belum senaraikan peranti atau barangan yang bakal mendapat diskaun 50% ini. Pembelian ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Huawei Malaysia mengikut terma dan syarat.

Jika melihat pada gambar, Huawei menunjukkan model P30 Pro. Secara jelas, P30 Pro mungkin akan mendapat pemotongan harga ini atau mungkin juga beberapa peranti atau barangan terpilih yang lain. Harga jualan rasmi P30 Pro adalah RM3,799 untuk 256GB dan RM4,399 untuk 512GB. Jika ia diberi diskaun 50%, harga 256GB menjadi RM1,899.5 manakala 512GB menjadi RM2,199.5.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami