Huawei Hongmeng OS sedang dalam persiapan untuk dilancarkan

Ura-ura tentang sistem operasi Huawei yang bakal menggantikan sistem operasi Android berikutan sekatan kerjasama Huawei dengan Google bukan satu lagi rahsia memandangkan pihak Huawei sendiri memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia terhadap sekatan ini.

Pada Khamis yang lepas, Eksekutif Huawei mengatakan bahawa Huawei sedang dalam proses yang berpotensi untuk melancarkan sistem operasi “Hongmeng” sebagai langkah menggantikan sistem operasi Android yang sedia ada di peranti Huawei.

Tambahan lagi, Andrew Williamson Naib Presiden Urusan dan Komunikasi Awam Huawei juga turut mengatakan dalam satu kenyataan di Mexico bahawa “Ia bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Huawei. Kami sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Android, tetapi Hongmeng sedang diuji, kebanyakannya di China. Saya percaya ia telah dilancarkan lebih sejuta peranti. Mungkin, kami akan cuba meletakkan tanda dagang”

Menerusi laporan dari Huawei Central juga, Hongmeng OS mungkin akan dilancarkan pada suku tahun keempat tahun ini sekitar Oktober – December tahun ini buat pasaran di China dan mungkin suku tahun pertama atau kedua untuk tahun 2020. Menurut beberapa laporan, ia mungkin akan dilancarkan pada Oktober tahun ini. Namun tiada laporan rasmi yang tepat tentang hal ini.

Tambahan lagi, mengikut beberapa pakar yang mengkaji. Hongmeng OS mungkin tidak akan hadir buat peranti kelas atasan Huawei pada awal perkenalannya. Ia ‘mungkin’ akan mula dilepaskan buat peranti kelas bawahan sebagai langkah perkenalan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: