Google tidak mahu keluarkan tablet Pixel Slate lagi

Umum sedia maklum bahawa Pixel Slate adalah antara tablet terbaru keluaran Google yang memasuki pasaran jika dibandingkan dengan Apple iPad dan Samsung Tablet. Ia telah dilancarkan pada tahun lepas bersama siri Google Pixel 3 dan menjalankan sistem operasi Chrome OS.

Menerusi laporan terkini, Google telah mengesahkan secara rasmi bahawa mereka menyerah kalah terhadap Pixel Slate. Malahan, Pixel Slate mungkin tidak akan ada pengganti lagi, dan tidak ada lagi tablet yang berasaskan Chrome OS atau Android dalam pembangunan oleh pasukan perkakasan Google.

Tambahan lagi, menurut Computer World, “Google pada masa ini sedang berusaha untuk menetapkan semula kakitangan yang memberi tumpuan kepada projek terbengkalai ke kawasan lain. Ramai daripada mereka, saya diberitahu, telah beralih ke bahagian komputer riba bahagian perkakasan buatan sendiri yang sama.”

Hatta, Google akan terus memfokuskan terhadap pengeluaran komputer riba yang berasaskan Chrome OS dan Google juga akan terus menyokong Pixel Slate untuk jangka panjang kerana mereka komited untuk menyokongnya sehingga Jun 2024.

(Sumber 1, Sumber 2)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: