Google Pixel 4 dengan rekaan kamera seperti iPhone 11 yang tertiris?

Jika sebelum ini pelbagai ura-ura tentang siri Google Pixel 4 dengan rekaan dwi-kamera utama, gambar yang tertiris kali ini mungkin akan mengubah pandangan anda.

Pakar informasi peranti yang tertiris sebelum tarikh pelancaran iaitu SlashLeaks dan Pricebaba hari ini telah kongsikan gambaran Google Pixel 4 yang mengikut skematik prototaip. Ia sememangnya berbeza dari gambaran Google Pixel 4 sebelum ini.

Pada bahagian hadapan, paparan skrin masih belum dapat dipastikan sama ada mempunyai rekaan kamera bertakuk, kamera berlubang atau masih mempunyai bingkai atas dan bawah seperti Pixel 3. Ia dikhabarkan akan dibekalkan dengan in-display fingerprint dan cip pemprosesan Snapdragon 855.

Manakala bahagian belakang jelas dapat lihat ia mempunyai rekaan bonggol kamera yang besar pada bahagian atas kiri panel belakang seperti siri iPhone 11 yang tertiris sebelum ini. Dapat lihat juga bayang yang menunjukkan panel belakang yang menggunakan panel jenis kaca.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: