Google menunjukkan gambaran Pixel 4 dengan rekaan kamera seperti iPhone 11

Perkongsian gambar rekaan ini bukan dikongsikan oleh pakar tiris yang selalu dikeluarkan oleh SlashLeaks atau Ice Universe, tapi ia dikongsikan sendiri oleh Google melalui laman Twitter rasmi Made By Google.

Segala persoaalan mungkin telah terjawab. Seperti gambar Pixel 4 tertiris yang kami kongsikan pada 10 Jun yang lepas, jelas dapat lihat ia adalah sama. Dari segi rekaan kamera, Google Pixel 4 dilihat bakal menggunakan rekaan yang mempunyai bonggol seperti siri iPhone 11 yang tertiris.

Boleh dikatakan ia adalah tindakan yang sangat jarang dilakukan oleh syarikat pengeluar peranti dengan mengacah gambar rekaan yang ‘menjadi persoaalan’ sama ada ia benar atau tidak sebelum tarikh ia dilancarkan.

Jika merujuk dari gambar siri iPhone 11 yang tertiris, rekaan kamera nampak sama. Cuma kedudukan lensa kamera dan lampu flash yang berbeza. Ia juga dilihat menggunakan tri-kamera. Tidak pasti sama ada ia adalah rekaan Pixel 4 atau Pixel 4 XL. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami