Gambaran Samsung Galaxy Note 10 yang lebih jelas

Pada gambar yang tertiris baru-baru ini, terdapat gambaran yang lebih jelas pada setiap sudut terhadap Samsung Galaxy Note 10 yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh OnLeaks, ia sangat berbeza dengan peranti yang pernah Samsung perkenalkan sebelum ini kerana kedudukan lubang kamera Galaxy Note 10 dilihat diletakkan pada bahagian tengah. Bukan pada kiri atau kanan.

Ia juga mungkin bakal dibekalkan dengan skrin melengkung yang bersaiz 6.3-inci QHD+ bersama dengan saiz bingkai yang lebih nipis. Jika sebelum ini gambaran Galaxy Note 10 mempunyai 5 kamera, pada gambaran kali ini ia mempunyai tri-kamera.

Ura-ura sebelum ini pernah tersebar bahawa Galaxy Note 10 tidak lagi menggunakan bicu audio 3.5mm dan tiada butang kelantangan (volume). Menerusi gambar, dapat lihat bahawa ia sememangnya tiada bicu audio 3.5mm dan tiada butang Bixby. Tapi masih mengekalkan butang kelantangan.

Mengikut jangkaan saya, Samsung mungkin akan perkenalkan siri Galaxy Note 10 dengan cip pemprosesan Exynos 9820 dan Snapdragon 855 (pasaran AS). Bahagian memori, ia mungkin akan dilengkapi dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan memori sehingga 1TB.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: