Gambar fon sebenar Google Pixel 4 terdedah!

Jika mengikut tarikh pelancaran Google Pixel 3 tahun lepas, ia dijadualkan pada bulan Oktober. Malahan, gambar rekaan Pixel 3 XL juga turut tertiris dengan tepat sebelum tarikh pelancarannya.

Untuk siri Google Pixel 4 tahun ini nampaknya ia juga turut menerima nasib yang sama seperti Pixel 3 XL tahun lepas. Dan lebih mengejutkan, Google sendiri kicau (Tweet) gambar rekaan Pixel 4 menerusi laman Twitter rasmi Made By Google.

Pada laporan terbaru yang dibuat oleh 9to5google, gambar fon sebenar telah diperlihatkan digunakan oleh seseorang yang tidak dikenali. Ia dikhabarkan diambil semasa dalam kereta api. Apa yang dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat fon yang mempunyai rekaan modul kamera seperti siri iPhone 11 yang tertiris.

Namun kedudukan lensa kamera Pixel 4 agak berbeza seperti iPhone 11 yang tertiris. Kedudukan lampu flash Pixel 4 dilihat diletakkan dibahagian bawah. Manakala iPhone 11 diletakkan dibahagian atas kanan.

Bukan lagi satu persoalan tentang rekaan Google Pixel 4. Apa yang menjadi persoalan adalah apakah kemampuan Pixel 4 dan Pixel 4 XL yang mampu menjadi tarikan kepada penggemar peranti selain dari keupayaan kamera yang sudah tentu hebat walaupun dengan satu kamera.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: