Excel di iPhone kini membolehkan anda mengimbas kertas melalui kamera dibawa masuk ke aplikasi

Aplikasi Excel dari Microsoft sememangnya tidak asing lagi buat kegunaan kerja-kerja pejabat dan dikalangan pelajar.

Untuk kemaskini terbaru, Microsoft telah mendapatkan penyelesaian baru buat pengguna Excel di iPhone. Anda kini boleh memasukkan data melalui pengambilan gambar dan terus dibawa ke Excel.

Microsoft menggunakan teknologi AI dan optical character recognition (OCR) untuk mengimbas jadual dalam kertas melalui kamera yang tersedia pada aplikasi. Fungsi ini juga menyokong 21 jenis bahasa.

Untuk merasai fungsi terbaru ini juga, anda perlu sign in akaun Office 365 anda. Aplikasi ini juga tersedia buat pengguna Android sejak awal tahun ini dan peranti iPhone untuk kemaskini aplikasi Excel yang terkini. Namun untuk iPad, ia masih belum tersedia.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: