Caviar melancarkan Samsung Galaxy Fold Edisi Khas ‘Game of Thrones’ dengan harga RM32,868

Samsung Galaxy Fold sebelum ini sudah beberapa kali menunda pengeluarannya buat pengguna. Walaupun Samsung masih belum keluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh pengeluaran Galaxy Fold yang rasmi, Caviar telah melancarkan tiga siri terbaru edisi khas Galaxy Fold.

Caviar adalah salah satu jenama yang berpangkalan di Rusia. Caviar juga cukup terkenal dengan koleksi peranti sedia ada yang diolah menjadikannya lebih tampak unik, ekslusif dan lebih premium buat yang sukakan keunikan, kemewahan dan mempunyai kemampuan.

Daripada tiga siri terbaru ini, salah satunya adalah Galaxy Fold Game of Thrones edisi khas yang diilhamkan oleh siri fantasi Amerika Game of Thrones. Dua lagi varian dilengkapi dengan rekaan Kulit dan Karbon yang berwarna Hitam dan kerangka yang berwarna keemasan. 

Hampir kesemua spesifikasi Galaxy Fold edisi khas ini sama seperti yang Samsung perkenalkan sebelum ini. Tapi apa yang istimewanya pada kedua-dua Galaxy Fold edisi khas ini adalah ia hadir rekaan yang amat ekslusif dan tampak mewah.

Manakala buat Galaxy Fold edisi khas GoT, ia hadir dengan rekaan yang lebih nampak menarik dan mempunyai ciri GoT yang berwarna keemasan seperti buku. Menurut Caviar, mereka hanya cipta 7 unit sahaja untuk edisi khas GoT, dan satu unit diberi kepada George Martin (penulis GoT). 

Samsung Galaxy Fold edisi khas GoT dijual dengan harga RUB 499,000 (RM32,868). Manakala edisi khas kulit dan karbon dijual dengan harga RUB 349,000 (RM22,988). Harga dinilai berdasarkan tukaran wang asing semasa Rusia dan Malaysia.

Menurut Caviar lagi menerusi laman web rasmi mereka, ia akan mula dijual selepas Samsung Galaxy Fold rasmi mula dijual di pasaran. Ini bermakna Galaxy Fold Caviar masih belum mula dipasarkan lagi sehingga Samsung mula menjualnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami