Cara dapat telefon pintar Vivo Y17 PERCUMA!

Anda mencari telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang sesuai buat permua (permainan mudah alih)? Vivo Y17 adalah antara telefon pintar yang sesuai dan mempunyai tawaran PERCUMA jika anda melanggan plan Celcom Platinum dan Platinum Plus.

Pada bahagian spesifikasi, Vivo Y17 mempunyai bateri sebesar 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W yang dikuasakan dengan cip pemproses Mediatek MT6765 Helio P35. Selain itu, untuk prestasi semasa bermain permainan mudah alih, Vivo Y17 juga mempunyai Ultra Game Mode dan beberapa fungsi lain yang membolehkan telefon anda mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama dan pengalaman bermain permua yang lebih baik.

Vivo Y17 juga mempunyai tri-kamera 13MP + 8MP + 2MP sebagai kamera utama dan 20MP f/2.0 buat kamera swafoto yang mempunyai teknologi AI Face Beauty. Tambahan lagi, Vivo Y17 juga turut hadir dengan 4GB RAM dan 128GB Storan.

Buat tawaran Celcom, jika anda mendaftar plan Platinum, anda akan mendapat pakej 60GB data internet terbahagi kepada dua (30GB hari biasa + 30GB hujung minggu), panggilan tanpa had, WhatsApp dan WeChat tanpa had dan 100GB Super Video Walla dengan harga RM148 sebulan.

Manakala Platinum Plus, anda mendapat pakej 100GB data internet, panggilan tanpa had, WhatsApp dan WeChat tanpa had dan 100GB Super Video Walla dengan harga RM188 sebulan. Lebih info, anda boleh layari laman web rasmi Vivo.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: