Avengers : End Game akan ditayangkan semula bermula 29 Jun ini dengan penambahan beberapa adegan baharu

Panggung wayang tempatan iaitu GSC semalam telah mengumumkan bahawa filem kedua yang mendapat kutipan paling tinggi di dunia selepas Avatar iaitu Avengers : End Game akan ditayangkan semua pada 29 Jun (Sabtu) ini.

Mengikut perkongsian GSC di Twitter, tayangan semula Avengers : End Game ini akan hadir dengan intro khas daripada Anthony Russo (pengarah filem Avengers), pelbagai adegan baharu yang tak siap sebelum ini dan juga video khas untuk Spider Man : Far From Home yang bakal ditayangkan pada 3 Julai ini.

GSC dan MBO sudah mula menawarkan tiket pembelian filem ini dan anda boleh membuat pembelian tiket melalui laman rasmi MBO dan GSC. Tayangannya juga terhad buat beberapa lokasi panggung wayang. Anda boleh periksa di laman rasmi MBO dan GSC.

Saya berpendapat bahawa ia mungkin adalah langkah MCU (Marvel Cinematic Universe) untuk mengalahkan filem dengan kutipan paling tertinggi didunia iaitu filem Avatar dengan kutipan box office sebanyak $2.788 billion yang ditayangkan pada tahun 2009 yang lepas.

Apa yang saya boleh jangkakan dengan tayangan semula filem ini adalah mungkin ada credit scene yang memberi mesej yang lebih tentang kesinambungan filem dari MCU lepas ini. Jika sebelum ini End Game menunjukkan bahawa Falcon mungkin bakal menjadi Captain America seterusnya, mungkin dengan penambahan adegan ini ada mesej tentang pengganti Iron Man seterusnya.

Apa pun sama-sama kita nantikan. Apa pendapat anda?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: