ASUS ROG Phone 2 bakal dilancarkan pada Julai ini

Jika sentuh mengenai peranti permainan mudah alih, ramai pengguna pasti sudah biasa dengar jenama Asus ROG Phone. Kerana ia menawarkan spesifikasi yang memuaskan pengguna dan rekaan yang menarik.

Pada laporan terkini, ASUS dilaporkan akan perkenalkan ROG Phone 2 dengan paparan 120Hz fresh rate pada bulan Julai tahun ini.

Tambahan lagi, ASUS juga dikhabarkan turut berkolaborasi dengan permainan mudah alih dari China iaitu “Under the One Man” yang menawarkan peningkatan fresh rate dari 90Hz (ROG Phone 2018) ke 120Hz.

Pengesahan dari Weibo baru-baru ini juga turut melaporkan bahawa ASUS akan bekerjasama dengan Tencent Games untuk ROG Phone 2. Syarikat permainan dari China berikut akan membantu ASUS untuk meningkatkan pengalaman permainan pada ROG Phone 2.

ASUS ROG Phone 2 dijangka akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855, pilihan RAM sehingga 12GB, pilihan aksesori yang menarik dan saiz bateri yang lebih besar. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada bulan Julai nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: