Apple pernah cuba meniru model perniagaan Microsoft tetapi gagal

Dahulu Apple menjual System 7 (macOS) mereka kepada pihak ketiga (Power Computing) dengan yuran $50 (RM208) setiap salinan kerana tekanan yang diberikan oleh Windows 95 waktu itu.

Namun langkah ini merugikan Apple. Jika ia sebaliknya mungkin macOS ni akan jadi sistem operasi (OS) dominan seperti Windows dan mungkin mengalahkan pihak Microsoft. Ketika itu Apple cuba melesenkan OS mereka kepada pihak ketiga dan akan terdapat pelbagai ‘hardware’ daripada pengilang pihak ketiga seperti apa yang pihak Microsoft buat untuk komputer dan komputer riba mereka.

Waktu itu CFO Apple ialah Fred Anderson. Langkah dibuat beliau merugikan jualan Mac pada ketika itu. Mereka sebenarnya cuba meniru model perniagaan Microsoft pada ketika itu. Cumanya ketika itu pihak Apple tidaklah sekuat Microsoft dan ini adalah salah satu menyebabkan mereka gagal dalam rancangan mereka.

Untuk tidak meneruskan model perniagaan ini pihak Apple terpaksa membeli Power Computing ketika itu dengan nilai $100 juta.

Oh ya waktu ini Steve Job tidak lagi meneraju Apple dan telah dibuang. 2 tahun selepas itu iaitu September 16 1997 Steve Job kembali menerajui Apple kembali.

Selepas itu kita dapat lihat sistem yang dibangunkan oleh pihak Apple amatlah bersifat tertutup berbanding pihak Microsoft seperti sebelumnya yang telah dibuat oleh Steve Job sebelumnya.

Lewat ini kita dapat lihat sedikit demi sedikit Apple membuka sistem mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar.

Yang terbaru integrasi secara terus dengan joystick daripada PlayStation dan XBox, dua nama dominan dalam dunia game yang secara tak lansung kena dengan inisiatif Apple ketika ini yang mempromosikan Apple Arcade.

Kerjasama mereka dengan pihak Samsung juga dalam memperkenalkan Apple TV di dalam TV keluaran Samsung juga dilihat sebagai langkah bijak kerana kita tahu TV Samsung di jual serata dunia.

Persoalannya adakah model perniagaan yang diterajui oleh pihak Microsoft masih lagi relevan ketika ini? Mereka menjual sistem operasi mereka kepada pihak ketiga, dan pihak ketiga penjual peranti kepada pengguna dan harga kos itu sebenarnya sudah dimasukkan ke dalam harga peranti yang pengguna harus bayar ketika membeli peranti tersebut.

Jika dilihat aplikasi Microsoft Office yang dahulunya dijual dengan tanda harga yang amat tinggi suatu ketika dahulu, sekarang boleh dikatakan amat murah untuk mendapatkannya.

Namun walau apa-apa pon senario yang berlaku sekarang ini menguntungkan kita sebagai pengguna dan kita dapat mengakses semua kecanggihan teknologi yang ada sekarang.

Untuk bacaan lanjut atau cerita-cerita tentang dunia teknologi dalam perspektif sebegini boleh ikuti saya di Pisang Panas atau Facebook peribadi saya Hafifi Hafidz.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: