Amazon kini jenama paling bernilai didunia mengalahkan Apple dan Google

Menerusi data dan kajian yang dikeluarkan oleh Kanta terhadap senarai (2019 BrandZTMTop 100 Most Valuable Global Brands), Amazon mencatatkan jumlah jenama paling bernilai didunia mengalahkan Apple dan Google.

Amazon telah mencatatkan jumlah sebanyak $315.5 billion. Manakala Apple di tempat kedua dengan nilai $309.5 billion dan Google di tempat ketiga dengan nilai $309 billion. Ternyata jarak Google dan Apple tidak terlalu jauh jika dibandingkan.

Pada tahun ini juga, syarikat dari China iaitu Alibaba mempunyai nilai jenama dalam senarai 10 jenama paling bernilai dengan nilai sebanyak $131.2 bilion mengatasi Tencent dengan nilai $130.9 bilion. Secara tidak langsung, Alibaba satu-satunya jenama dari China yang paling berharga dan di tempat ke-7 buat jenama paling berharga di dunia.


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: