AirAsia perkenalkan pesawat baharu dan masa depan penerbangan jarak jauh

Pada acara Pertunjukan Udara Antarabangsa yang diadakan di Paris, Air Asia telah mengumukan masa depan perkhidmatan penerbangan jarak jauh Air Asia dan perkenalkan pesawat pertama generasi baharu pesawat penerbangan jarak jauh mereka.

Lapangan Terbang Don Mueng Bangkok, Thailand akan menjadi pangkalan buat pesawat generasi baru tersebut. Turut menghadiri acara tersebut adalah Pengerusi Air Asia X Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri.

Pada satu kenyataan, Nadda Buranasiri turut mengatakan “Ini adalah satu batu loncatan dalam industri penerbangan – terutama bagi para tetamu kami – yang mana akan mengubah pasaran penerbangan tambang rendah jarak jauh. AirAsia teruja kerana terus menjadi peneraju, sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Pasifik yang akan mengoperasi generasi baharu pesawat A330neo yang canggih ini.”

Setakat ini, 66 pesawat jenis A330neo telah ditempah dan mempunyai perjanjian untuk membeli lagi 34 buah pesawat tambahan menjadikan 100 pesawat yang bakal digunakan untuk penerbangan jarak jauh Air Asia. Pesawat A330neo dilaporkan “akan memberi pengalaman baru buat para tetamu dengan ciri rekaan terkini dan modifikasi baharu yang menjadikan penerbangan sederhana – jarak jauh bernilai lebih selesa dari sebelum ini” jelasnya.

Tambahan lagi, jelas beliau “Para tetamu boleh melihat perbezaan menerusi ruang peribadi dan ruang menyimpan bagasi dalam pesawat yang lebih luas, suasana pencahayaan sekeliling yang lebih menyeluruh, soket elektrik di setiap tempat duduk dan kabin tersunyi dalam kelasnya.”

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami