Apple Store kedua bakal dibuka di Singapura

Sungguhpun negara Singapura sebuah negara yang kecil dan jiran paling dekat dengan Malaysia, Singapura adalah antara negara membangun di Asia yang dipilih oleh Apple untuk membuka Apple Store (kedai rasmi).

Sebelum ini Apple telah membuka Apple Store di Orchard Road, Singapura pada Mei 2017 dan ia adalah Apple Store pertama di rantau Asia. Kali ini Apple Singapura telah mengumumkan bahawa Apple Store kedua bakal dibuka di Jewel Changi.

Jewel Changi adalah pusat membeli belah yang dibuka bersebelahan Lapangan Terbang Changi. Apple Store kedua ini juga dijadualkan dibuka pada 13 Julai ini dengan acara pembukaan yang bermula pada jam 10 pagi.

Tambahan lagi, Apple turut mengatakan bahawa satu lagi Apple Store juga bakal dibuka di Marina Bay Sands, Singapura. Sekaligus bakal menjadi Apple Store ketiga di Singapura. Namun setakat ini tiada tarikh rasmi yang diumumkan buat Apple Store ketiga di Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami