Jony Ive meninggalkan Apple setelah hampir 30 tahun berkhidmat


Sir Jony Ive, bukan nama yang asing lagi dalam syarikat Apple Inc. Beliau telah bersama Apple sejak tahun 1996 semasa Apple mengalami krisis kewangan hingga kini dan menjadi Chief Design Officer Apple.
Sepanjang kerjaya beliau, antara produk yang telah beliau reka adalah iMac 1998, iPod 2001, iPod Mini, iPhone, MacBook Air, iPad, Apple Watch dan AirPods. Hatta, kebanyakan iklan produk Apple juga menggunakan suara beliau yang begitu unik.
Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Sir Jony Ive telah mengambil keputusan meletak jawatan dan meninggalkan Apple tahun ini dan membuka firma baharu yang diberi nama LoveFrom. Firma itu juga akan membantu Apple sebagai pelanggan LoveFrom. Namun tiada maklumat lebih tentang firma berikut.
Sir Jony Ive juga telah menyebut dalam satu kenyataan bahawa “Selepas hampir 30 tahun dan banyak projek, saya amat bangga dengan kerja yang telah kami lakukan untuk mencipta pasukan reka bentuk, proses dan budaya di Apple yang tanpa rakan sebaya.”


Mengingati mendiang Steve Jobs, beliau juga pernah memberi pandangan terhadap Sir Jony Ive bahawa “If I had a spiritual partner at Apple, it’s Jony.” Dan ternyata Sir Jony Ive adalah antara insan yang beliau percaya untuk meneraju Apple dahulu sebagai rakan kongsi.
Keputusan Sir Jony Ive ini adalah salah satu kehilangan yang besar buat Apple dan ia ternyata memberi cabaran buat Apple tahun ini dengan pelbagai krisis.
Tim Cook, CEO Apple juga turut mengatakan dalam kenyataan beliau berhubung keputusan Sir Jony Ive “Jony adalah tokoh tunggal dalam dunia reka bentuk dan peranannya dalam kebangkitan semula Apple tidak dapat dilebih-lebihkan, dari iMac tahun 1998 yang mengagumkan ke iPhone dan cita-cita yang tidak pernah ada di Apple Park, di mana baru-baru ini dia telah meletakkan begitu banyak tenaga dan penjagaannya”
Selepas ini kita tidak akan mendengar lagi suara beliau di iklan Apple di YouTube yang dengan penuh penghayatan menjelaskan rekaan produk Apple yang terbaharu.