Huawei Mate X bakal dilancarkan pada September tahun ini


Sebelum ini terdapat laporan bahawa Huawei Mate X menunda pelancaran rasmi mereka. Selain itu, Samsung Galaxy Fold juga masih tunda pengeluaran mereka buat pengguna. Kedua-duanya adalah antara peranti dengan skrin boleh dilipat yang mendapat sambutan baik dari umum masa awal perkenalannya.
Mengikut laporan terkini terntang Huawei Mate X, Eksekutif Huawei mengatakan bahawa “Ia akan datang pada bulan September” kata Vincent Pang, Presiden Huawei Wilayah Eropah Barat, ketika melawat New York City. “Mungkin akan lebih cepat, tetapi yang pasti bulan September”


Dimana ia akan dilancarkan?
Menurut Vincent Pang lagi, ia akan dilancarkan dimana-mana negara yang mempunyai sambungan internet 5G. Menurut beliau lagi, Huawei sedang mengelakkan masalah yang sama berlaku pada Samsung Galaxy Fold. Dan mereka sudah melakukan percubaan, lebih-lebih pada masalah berkenaan (tanpa menyebut masalah apa).
Menjalankan sistem operasi apa?
Antara soalan yang sering bermain difikiran pengguna sama ada ia menjalan sistem operasi Android atau sistem operasi baru dari Huawei iaitu Hongmeng OS. Menurut Vincent Pang, Mate X tetap akan menjalan sistem operasi Android kerana ia sudah diumumkan sebelum ini.