iQOO Neo akan dikuasakan dengan Snapdragon 845!

Baru-baru ini iQOO telah perlihatkan pada umum poster rasmi iQOO Neo yang menunjukkan rekaan peranti terbaru mereka yang dilengkapi dengan tri-kamera dan paparan skrin DewDrop. Ia dikhabarkan adalah peranti yang berkuasa dengan harga yang murah.

iQOO dilihat sekali lagi kongsikan poster di Weibo yang menunjukkan iQOO Neo bakal dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 845, bukan cip pemproses siri-700 seperti ura-ura sebelum ini. Ia adalah cip pemproses kelas atasan yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Untuk telefon pintar kelas atasan tahun ini, cip pemperoses Snapdradon 855 adalah syarat wajib untuk tahun ini. Namun iQOO Neo masih menggunakan cip pemproses tahun lepas. Malahan bukan iQOO Neo sahaja, Nokia 9 PureView juga turut menggunakan cip pemproses Snapdragon 845 walaupun ia diperkenalkan tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami