Huawei menjanjikan kemaskini Android Q (EMUI 10) buat 14 peranti sedia ada


Walaupun Huawei terpalit dengan pelbagai ura-ura yang tiada kepastian dan tidak berpenghujung mengenai status mereka dengan Google, Huawei telah mengesahkan bahawa EMUI 10 yang dibina berasaskan Android Q (10) akan hadir buat 14 peranti Huawei sedia ada.
Berikut adalah senarai peranti yang menyokong Android Q :
- Huawei P30 Pro
- Huawei P30
- Huawei P30 Lite
- Huawei Mate 20 Pro
- Huawei Mate 20
- Huawei Mate 20X 5G
- Huawei P20 Pro
- Huawei P20
- Huawei P Smart 2019
- Huawei P Smart+ 2019
- Huawei P Smart Z
Tambahan lagi, siri Honor 20 yang baru dilancarkan juga dilaporkan akan mendapat kemaskini EMUI 10 (Android Q). Anda masih boleh menikmati Android Q buat Honor 20, Honor 20 Lite dan Honor 20 Pro mengikut beberapa sumber.
(Sumber)