Huawei mempatenkan rekaan peranti boleh lipat terbaru


Jika sebelum ini Huawei telah perlihatkan kepada dunia semasa di MWC 2019 tentang teknologi peranti skrin yang boleh dilipat iaitu Huawei Mate X dengan rekaan dan sistem lipat yang berbeza berbanding Samsung Galaxy Fold.
Selepas beberapa bulan ia diperkenalkan, ia sepatutnya turut dilancarkan namun menerima nasib yang sama dengan Samsung Galaxy Fold yang ditunda pengeluarannya atas beberapa faktor.


Menerusi laporan yang dikongsikan oleh LetsGo Digital, terdapat paten rekaan peranti yang boleh dilipat terbaru yang diperkenalkan oleh Huawei.
Ia sedikit berbeza dengan rekaan Huawei Mate X yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Jika Mate X boleh dilipat sebelah bahagian, peranti ini dilihat dapat dilipat pada 2 bahagian kiri dan kanan. Selain itu, salah satu skrin juga boleh dilipat untuk dijadikan penahan supaya anda boleh tonton video tanpa memegangnya.
Setakat ini ini tiada maklumat lanjut sama ada peranti ini akan menggunakan Hongmeng OS atau sebaliknya. Maklumat tentang spesifikasi peranti ini juga masih menjadi tanda tanya. Harapnya kita akan tahu lebih lanjut tentang peranti ini tahun ini.