Generasi Samsung Galaxy Fit terbaru kini boleh didapati di Malaysia


Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti boleh dipakai terbaru mereka iaitu Galaxy Fit dan Galaxy Fit E yang telah tiba di pasaran Malaysia hari ini. Ia telah direka untuk membuat anda bergerak pantas dan buat yang aktif dalam sukan.


Spesifikasi | Galaxy Fit | Galaxy Fit E |
Skrin | 0.95-inci | 0.74-inci |
Bateri | 120mAh | 70mAh |
Berat | 23 gram | 15 gram |
Sambungan | Bluetooh 5.0 | Bluetooh 5.0 |
OS | FreeRTOS | FreeRTOS |
Resolusi | 120 x 240 | 128 x 64 |
Sensor | Accelerometer, Gyro Sensor, Heart Rate | Accelerometer, Heart Rate |
Penggunaan | 7-8 hari | 6-7 hari |
Paparan | 16M Warna | Mono |
Memori | 32MB | – |
Kedua-dua peranti ini mempunyai perbezaan dan keunikannya yang tersendiri. Galaxy Fit mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding Galaxy Fit E. Namun kedua-duanya mempunyai ketahanan bateri sehingga 7 hari penggunaan.
Tambahan lagi, kedua-duanya boleh memaparkan notifikasi, mempunyai ketahanan tentera, mengesan senaman secara automatik dan mempunyai berat yang sangat rigan.


Anda boleh mendapatkan Galaxy Fit dengan harga RM369 dan Galaxy Fit E dengan harga RM139 dengan pilihan warna Hitam atau Putih di laman web rasmi Samsung Malaysia bermula hari ini. Manakala untuk penjualan di kedai rasmi Samsung, ia akan mula dijual pada 14 Jun nanti.