10 unit telefon Vivo V15 Pro untuk dimenangi!

Vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Tune Talk bersempena Ulang Tahun ke-10 Tune Talk dalam pertandingan yang membolehkan anda merebut peluang memenangi telefon Vivo V15 Pro terbaru.

Peraduan ini dianjurkan oleh Tune Talk Malaysia dengan kerjasama Vivo. Terdapat 10 unit telefon Vivo V15 Pro yang akan diberikan buat pemenang. Cara untuk anda memasuki peraduan ini amat mudah.

Pergi ke laman Facebook rasmi Tune Talk, kongsikan post dari bahagian pinned post ke Facebook peribadi anda, tag 10 rakan Facebook anda dan masukkan hashtag #TuneTalkTurns10 dalam pos Facebook anda. 10 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak oleh Tune Talk. Pertandingan akan berlangsung dari 10 Jun hingga 30 Jun 2019.

Vivo V15 Pro adalah telefon pintar siri terbaru V yang dilancarkan oleh Vivo Malaysia pada bulan Februari yang lepas. Ia dilengkapi dengan kamera swafoto pop-up 32MP pertama di dunia, dengan paparan skrin Ultra FullView, Manakala kamera utama 48MP dengan tri-kamera dan teknologi AI. Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan (in-display fingerprint).

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: