Realme X edisi khas Spider Man Far From Home

Bulan lepas Oppo telah melancarkan siri Realme X yang terbaharu dengan dua pilihan model iaitu Realme X dan Realme X Lite (penjenamaan semula dari Realme 3 Pro). Dengan model ini, secara tak langsung ia adalah telefon pintar Realme pertama yang mempunyai teknologi pengimbas cap jari dalam skrin dan skrin pop-naik.

Kali ini bersempena filem Spider Man terbaru yang bakal ditayangkan 3 Julai ini, Realme telah perkenalkan Realme X edisi khas Spider Man Far From Home. Ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti Realme X yang biasa seperti Realme X sebelum ini.

Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi aksesori dan kotak jualan yang hadir bersama telefon pintar ini. Terdapat rekaan kotak khas dengan logo Spider Man, pelindung kerangka berwarna merah dengan logo Spider Man dan wallpaper yang digunakan pada telefon pintar ini.

Ia bakal dijual bermula 9 Julai ini dengan harga CNY 1,799 (RM1,082) jika mengikut tukaran wang asing semasa buat varian 8GB RAM 128GB Storan. Realme X edisi khas ini dikuasakan dengan Snapdragon 710, skrin 6.53-inci dengan paparan FHD+ AMOLEDdwi-kamera 48MP f/1.7 + 5MP dan kamera swafoto 16MP f/2.0 pop-naik, pengimbas cap jari dalam skrin, bateri sebesar 3,765mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami