Xbox One S Edisi Khas Fortnite bakal hadir pada 7 Jun ini

Konsol permainan Xbox One S akan hadir dengan pilihan warna ungu tua dan peminat boleh memilikinya pada minggu ini. Berita ini hadir selepas tersebarnya gambar konsol berkenaan pada bulan lepas, kini ia telah sah. ia akan dijual secara bundle dalam koleksi ‘Fortnite’, termasuk warna istimewa Xbox One S dengan storan sebesar 1TB.

Permainan Fortnite Battle Royale terbina di dalamnya bersama pengawal tanpa wayar, 2,000 V-Bucks (mata ganjaran), dan barangan istimewa yang tersedia didalamnya. Koleksi ini akan hadir bersama satu bulan pas permainan Xbox dan Xbox Live Gold.Konsol ini dilaporkan akan memasuki pasaran pada 7 Jun ini dengan harga $299 (RM1,248), tetapi Microsoft akan menawarkan potongan harga sebanyak $50 (RM209) pada hari pelancarannya.
Sebagai tanda penghormatan kepada E3, potongan harga sebanyak $50 ini turut melibatkan koleksi Xbox One S yang lain, termasuk kesemua edisi digital. Potongan harga lain termasuk $100 (RM418) bagi Xbox One dan $10 (RM42) bagi pengawal tanpa wayar.

Penjualan konsol ini akan bermula pada 7 Jun sehingga 17 Jun di laman web rasmi Xbox dan Microsoft Store. Sidang media Microsoft E3 juga akan dilangsungkan pada 9 Jun jam 1.00PM PT / 4.00PM ET.

*Harga ditayangkan mengikut tukaran wang asing semasaArtikel oleh : Hakim Zainal (FacebookTwitterInstagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami