Apple Pro Display XDR dilancarkan dengan paparan skrin resolusi Retina 6K

Selain dari pelancaran perisian, Apple juga turut melancarkan skrin terbaru mereka disamping Mac Pro yang mempunyai rekaan yang terbaru.

Pro Display XDR mempunyai skrin yang bersaiz 32-inci bersama panel LCD dengan resolusi 6016 x 3384 Retina 6K (218 ppi). XDR bermaksud “Extreme Dynamic Range” yang mempunyai P3 dan 10-bit warna mod rujukan yang terbina. Selain itu pelarasan warna automatik True Tone dengan juga terbina untuk melaraskan pengcahayaan ambien.

Apa yang menarik lagi pada skrin ini adalah ia mempunyai paparan skrin dengan bingkai senipis 9mm sahaja. Cukup nipis untuk anda rasai pengalaman skrin penuh tanpa bingkai.

Ia juga mempunyai 40% kebesaran berbanding paparan iMac 5K. Apple juga turut mengatakan bahawa skrin boleh kekal pada 1,000 nits penuh kecerahan selama-lamanya, dan boleh mencapai puncak 1,600 nits, kedua-duanya dapat membantu apabila menyunting kandungan HDR.

Menurut Apple, paparan skrin ini juga boleh diputar ke mod potret. Reka bentuk modular membolehkan paparan untuk melepaskan dari Pro Stand untuk mudah alih, dan juga menawarkan pilihan untuk melampirkan kepada penyesuai mount VESA.

Tambahan lagi, ia juga menggunakan kabel Thunderbolt 3 untuk menyambung ke Mac Pro, yang boleh menyokong sehingga enam paparan. Ini paparan yang khusus dibina untuk profesional seperti pembikin filem dan jurugambar untuk digunakan ia sebagai fungsi sunting imej dan rakaman HDR.

Apple Pro Display XDR akan hadir buat pengguna pada bulan September tahun ini dengan harga $4,999 (RM20,905). Manakala Pro Stand pada harga $999 (RM4,177) dan jika anda sambungan VESA, ia berharga $199 (RM832). Mengikut harga tukaran wang asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami