Huawei ARK OS dijangka akan dilancarkan pada bulan September tahun ini

Jika merujuk pada laporan sebelum-sebelum ini, Huawei sememangnya sudah mengetahui bahawa mereka bakal menghadapi situasi yang mereka hadapi sekarang iaitu pengharaman dari kerajaan AS dan disekat kerjasama dengan syarikat teknologi yang berpangkalan di AS.

Pada bulan Mei yang lepas, Huawei telah mendaftar 2 nama sebagai tanda dagang untuk sistem operasi (OS) terbaru mereka bagi menggantikan sistem operasi Android setelah disekat kerjasama bersama pihak Google.

Nama yang dipilih untuk OS terbaru adalah Hongmeng OS dan ARK OS. Mengikut dari laporan, Huawei mungkin akan menggunakan nama ARK OS sebagai nama diperingkat global selain China. Manakala Hongmeng buat pengguna di China. 

Ia juga dikhabarkan mempunyai keupayaan untuk dijalankan pada pelbagai peranti termasuk telefon, tablet, komputer, peranti berasaskan kereta, televisyen dan lain-lain. Ia juga turut menjalankan aplikasi dari Android tapi mungkin yang terpilih sahaja.

Sekaligus, ia mungkin akan menggantikan perisian Android dan juga perisian Windows buat telefon pintar dan komputer Huawei. Menerusi laporan dari Android Police, OS terbaru ini mungkin akan dilancarkan di China pada awal bulan September tahun ini atau mungkin awal tahun 2020.

Namun belum ada maklum balas rasmi dari pihak Huawei berhubung pelancaran rasmi OS terbaru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami