Zen Mode bakal hadir buat OnePlus 6 dan OnePlus 6T

OnePlus baru-baru ini telah melancarkan secara rasmi OnePlus 7 dan telah menunjukkan beberapa fungsi baru pada OxygenOS 9.5.

Antara fungsi yang baru adalah Zen Mode dengan slogan Take a break from tech. Ia adalah fungsi untuk anda berehat seketika dalam masa 20 minit dari menggunakan telefon. Jika anda sudah mengaktifkan fungsi ini, anda tidak dapat padamkan sehingga ia tamat mengikut masa yang anda tetapkan.

Menurut beberapa sumber, Zen Mode akan dilepaskan buat OnePlus 6 dan OnePlus 6T pada kemaskini OxygenOS mendatang. Namun fungsi lain seperti Nightscape 2.0 dilaporkan tidak akan hadir buat OnePlus 6 dan 6T. Mungkin OnePlus mahu memberi sebab kenapa pembeli harus membeli OnePlus 7 Pro.

Hatta, fungsi lain seperti Fnatic Mode juga masih belum diketahui sama ada bakal hadir atau tidak buat OnePlus 6 dan OnePlus 6T. Harapnya OnePlus turut lepaskan buat dua peranti berikut atau sekurang-kurangnya buat OnePlus 6T.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: