Vivo Z5x bakal hadir dengan paparan skrin Punch-Hole dan Bateri 5,000mAh

Vivo dilaporkan sedang mengusahakan siri terbaru mereka iaitu siri-Z. Sebelum ini Vivo telah mula perkenalkan siri-Z terhadap model Vivo Z3x yang memfokuskan peranti kelas pertengahan.

Menerusi gambar yang tertiris, Vivo dilihat bakal memperkenalkan siri-Z terbaru dengan rekaan skrin berlubang seperti Samsung Galaxy S10 pada bahagian kiri dan dibekalkan dengan bateri sebesar 5,000mAh. Berlainan dengan Vivo Z3x yang menggunakan takuk jenis lain dan bateri 3,260mAh saja.

Ia juga mungkin hadir dengan dua siri. Iaitu Vivo Z5x dan Vivo Z5x Pro. Versi Pro dilihat menggunakan paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Ini bermaksud, ia bakal menggunakan kamera jenis terangkat.

Jika Vivo Z3x telah dikuasakan dengan Snapdragon 660, Vivo Z5x mungkin akan dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan lain seperti Snapdragon 675 atau mungkin juga Snapdragon 710.

Namun setakat ini tiada info penuh yang jelas mengenai spesifikasi lain mahupun tarikh pelancaran rasmi Vivo Z5x.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: