Tekanan baru buat Huawei selepas pengeluar cip Kirin pula tidak lagi bekerjasama

Cip Kirin memang tidak asing lagi terhadap peranti Huawei. Selama beberapa tahun Huawei telah dikuasakan oleh cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh ARM, syarikat yang bertanggungjawab terhadap cip yang ada pada peranti Huawei anda gunakan sekarang.

Hari ini ARM telah mengeluarkan satu memo supaya pekerja mereka menghentikan “Semua kontrak aktif, kelebihan sokongan, dan apa-apa penangguhan yang belum selesai”.

Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), semua jenis kerjasama antara syarikat AS dan syarikat Telecom tersebar China (Huawei) diharamkan dan perlu mendapat pengesahan dari kerajaan AS.

Akan tetapi, jika diselidik latar belakang ARM. Syarikat pengeluar cip ini adalah berpangkalan di United Kingdom (UK) dan dimiliki oleh syarikat dari SoftBank Group (Jepun), bukan di AS.

Namun, ARM dilihat mengambil berat tentang kenyataan pengharaman yang dikuatkuasa serta merta oleh kerajaan AS. ARM juga turut terpalit kerana beberapa rekaan cip pemprosesan dilakukan di beberapa negeri di AS. Secara tidak langsung, perkakasan yang dicipta adalah teknologi yang berasal dari AS.

Dengan berita ini, ARM juga mengikut jejak langkah pembekal perkakasan lain seperti Qualcomm dan Intel. Antara 2 syarikat pembekal perkakasan yang terbesar.

Ia sememangnya memberi tekanan dan tamparan yang hebat buat Huawei. Boleh dikatakan Huawei kini perlu mencari alternatif lain untuk mengeluarkan peranti yang seterusnya tanpa cip dari Kirin.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: