Spesifikasi Penuh OnePlus 7 Dan OnePlus 7 Pro Tertiris – Skrin AMOLED 90Hz, Bateri 4150mAH, Warp Charge 30W

OnePlus sebelum ini telah mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri OnePlus 7 pada 14 Mei ini. Jika sebelum ini OnePlus menggunakan slogan Unlock The Speed pada OnePlus 6T, OnePlus 7 kali ini dilihat menggunakan slogan terbaru iaitu Go Beyond Speed.

Pada gambar yang telah tersebar di Twitter, terdapat satu gambar yang menunjukkan spesifikasi penuh buat OnePlus 7 dan OnePlus 7 yang berasaskan Go Beyond Speed.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, dilihat OnePlus bakal menggunakan kebanyakan teknologi terkini dan mempunyai ketahan bateri yang lebih besar (4,000-4,150mAh) berbanding OnePlus 6T (3,700mAH).

WARP Charge mula diperkenalkan pada OnePlus 6T McLaren. Kini dilihat menjadi pengganti kepada DASH Charge. WARP Charge mempunyai kuasa 30W manakala DASH Charge hanya 22.5W.

Selain itu, OnePlus kali ini dilihat menfokuskan pada fungsi kamera dengan Tri-Kamera pada OnePlus 7 Pro. Manakala hanya Dwi-kamera pada OnePlus 7.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: