Sony Xperia F – Peranti dengan skrin boleh lipat oleh Sony

Menerusi laporan dari media di China (CNMO), terdapat ura-ura bahawa Sony sedang membina peranti dengan skrin boleh dilipat seperti yang pernah diperkenalkan oleh Samsung Galaxy Fold.

Laporan juga menyebut bahawa ia bakal dilancarkan pada tahun hadapan dengan nama Xperia F. Nama ‘F’ yang dipilih adalah bermaksud ‘Foldable’.

Tambahan lagi, paparan skrin yang digunakan juga adalah jenis AMOLED yang dibekalkan oleh pihak Samsung dengan nisbah aspek 21:9 dan dilengkapi dengan teknologi sambungan internet 5G.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan rekaan yang jelas terhadap Xperia F. Kami jangkakan teknologi yang diperkenalkan nanti mungkin ada sedikit fungsi seperti Samsung Galaxy Fold dengan rekaan yang sedikit berbeza memandangkan panel AMOLED skrin yang digunakan adalah dari Samsung.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: