Siri OPPO Reno Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Mei Ini

Siri OPPO Reno bakal dilancarkan pada minggu hadapan yang bertarikh 16 Mei. Siri OPPO Reno adalah peranti baru dari OPPO yang mengetengahkan 2 pilihan variasi. Iaitu OPPO Reno dengan spesifikasi kelas pertengahan dan OPPO Reno 10X Zoom dengan spesifikasi flagship.

Untuk OPPO Reno, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, bateri sebesar 3,765mAh dan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 20W. Selain itu, jenis skrin yang digunakan adalah panel AMOLED sebesar 6.4-inci dengan ketahanan Corning Gorilla Glass 6.

Pilihan memori yang ditawarkan adalah 256GB ROM dengan 6/8 GB RAM atau 128GB ROM dengan 6 GB RAM. Fungsi kamera hadapan yang digunakan juga adalah jenis Pop-up. Namun ia berlainan sedikit dengan kamera Pop-up lain di pasaran. Kamera hadapan siri OPPO Reno mempunyai rekaan seperti sirip ikan dengan kamera 16MP f/2.0 manakala kamera utama pada OPPO Reno adalah dwi-kamera 48MP f/1.7 dan 5MP f/2.4.

Buat OPPO Reno 10X, perbezaan paling ketara adalah pada fungsi kamera. OPPO Reno 10X dibekalkan dengan Tri-Kamera 48MP f/1.7 (Wide), 13MP f/3.0 (telefoto) dan 8MP f/2.2 (Ultra-Wide) dan mempunyai keupayaan zoom sehingga 60X kali. Tambahan lagi, OPPO Reno 10X juga dikuasakan dengan Snapdragon 855. Syarat wajib buat peranti flagship tahun ini.

Selain itu, ketahanan dan kualiti skrin yang digunakan adalah seperti OPPO Reno biasa cuma saiz yang lebih besar sedikit iaitu bersaiz 6.6-inci (beza 0.2-inci sahaja). Bateri juga mempunyai kuasa yang lebih besar dengan 4,065mAH . Cukup besar untuk ketahanan kegunaan harian.

Buat masa ini harga rasmi masih belum diperoleh. Namun, harga rasmi mengikut tukaran wang asing di China buat OPPO Reno 10X adalah :

  • 6GB + 128GB : CNY3,999 = RM2,452.00
  • 8GB + 256GB : CNY4,799 = RM2,942.00

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: