Siri OnePlus 7 Rasmi Akan Mendarat Di Malaysia Pada 21 Mei Ini

Umum sedia maklum bahawa OnePlus bakal melancarkan siri OnePlus 7 secara rasmi pada hari Selasa (14 Mei) minggu hadapan. Siri kali ini OnePlus dilaporkan bakal memperkenalkan 3 variasi. Iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G.

Dalam pada itu, berita baik buat komuniti dan peminat OnePlus di Malaysia. Mengikut beberapa sumber, OnePlus dijadualkan melancarkan siri OnePlus 7 rasmi mereka di Malaysia pada 21 Mei ini.

Hatta, dengan berita ini siri OnePlus 7 berkemungkinan besar akan mula dijual sesudah pelancaran rasminya di Malaysia. Anda mungkin sudah boleh membeli siri OnePlus 7 rasmi di Malaysia pada 21 Mei atau mungkin juga beberapa hari selepas pelancarannya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: