Siri OnePlus 7 Disahkan Menggunakan UFS 3.0

Pete Lau, CEO kepada OnePlus semalam telah mengesahkan bahawa siri OnePlus 7 mempunyai dengan UFS 3.0 Secara tak langsung, siri OnePlus 7 adalah peranti pintar yang pertama mempunyai UFS 3.0 secara rasmi di pasaran pada 14 Mei nanti.

Sebelum ini Samsung juga turut memperkenalkan sokongan storan UFS 3.0 pada Samsung Galaxy Fold, namun ia ditangguh pengeluaran buat masa ini atas sebab yang tertentu.

Jika anda masih tidak tahu apa itu UFS, ia bermaksud Universal Flash Storage dan bertujuan untuk pemindahan data melalui storan memori. Secara teorinya, UFS 3.0 menawarkan 2 kali ganda kelajuan dari UFS 2.1 yang digunakan pada kebanyakan peranti pintar sejak dari 2016 ia diperkenalkan.

Kelajuan UFS 2.1 yang sedia ada mampu mencecah 1333MB/s. Manakala kelajuan buat UFS 3.0 mencecah 2666MB/s untuk pemindahan data.

Seperti yang dijanjikan oleh OnePlus, siri kali ini adalah menfokuskan kelajuan. Dengan UFS 3.0, anda akan dapat merasakan kepantasan dan kelancarannya semasa bermain game, sunting video, membuka aplikasi, pemindahan dan membaca data.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: