Siri Honor 20 rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM1,699

Pada 21 Mei yang lepas siri terbaru Honor 20 telah dilancarkan secara rasmi di London, United Kingdom. Siri kali ini Honor perkenalkan dua model yang masing-masing memfokuskan pada ciri peranti kelas-atasan premium.

Honor 20 dan Honor 20 Pro dikuasakan dengan HiSilicon Kirin 980 seperti yang digunakan terhadap Huawei P30 Pro yang berharga RM3,799 untuk unit rasmi di Malaysia.

Honor 20

Honor 20 dibekalkan dengan bateri sebesar 3,750mAh, storan memori 6GB RAM + 128GB, dan quad-kamera utama 48MP f/1.8 Sony IMX586 + 2MP telephoto f/2.4 + 16MP wide-angle f/2.2, 117-degree + 2MP macro f/2.4. Kualiti kamera agak sedikit dari Honor 20 Pro tapi masih mengekalkan quad-kamera utama.

Warna : Sapphire Blue, Midnight Black dan Icelandic White. 

Honor 20 Pro

Manakala Honor 20 Pro pula dibekalkan dengan bateri sebesar 4,000mAh, storan memori 8GB RAM + 256GB, dan quad-kamera utama 48MP f/1.4 Sony IMX586 + 8MP telephoto (3x lossless) f/2.4 + 16MP wide-angle f/2.2, 117-degree + 2MP macro f/2.4. Ternyata kualiti kamera yang ditawarkan buat versi Pro lebih baik berbanding versi biasa.

Warna :  Phantom Blue dan Phantom Black

Persamaan

Honor 20 dan Honor 20 Pro masing-masing menggunakan skrin jenis IPS LCD bersaiz 6.26-inci dengan paparan punch-hole yang mempunyai saiz lebih kecil berbanding punch-hole yang ada pada Samsung Galaxy S10.

Selain itu, kedua-duanya juga menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W dengan kepantasan 50% hanya dalam masa 30 minit sahaja. Bahagian fingerprint, ia agak berbeza dengan peranti Honor atau Huawei yang sedia ada kerana ia diletakkan pada bahagian butang kuasa dibahagian kanan seperti yang anda pernah lihat pada Samsung Galaxy S10e. Kelajuan fingerprint selaju 0.3 saat.

Secara jelas, kedua-dua model ini mempunyai rekaan, cipset dan saiz yang sama. Cuma terdapat beberapa perbezaan terhadap sepesifikasi, warna dan kualiti kamera yang ditawarkan.

Harga rasmi di Malaysia

  • Honor 20 (6GB + 128GB) = RM1,699
  • Honor 20 Pro (8GB + 256GB) = RM1,999 (Jangkaan)

Buat masa ni Honor 20 Pro masih belum dinyatakan. Dijangka bakal dijual pada harga RM1,999. Anda boleh mendapatkan Honor 20 yang bernilai RM1,699 dengan beberapa hadiah menarik bernilain RM500!

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: