Sharp Aquos R3 Dengan Snapdragon 855, Skrin Dwi-Notch, 120Hz Fresh Rate dan Bateri 3200mAh

Dikala pengeluar peranti dari China sedang mengusahakan pengurangan bingkai dan notch pada peranti mereka, syarikat pengeluar peranti dari Jepun dilihat seakan mencuba kelainan dengan mengeluarkan peranti flagship yang menggunakan skrin dengan dwi-notch atas dan bawah.

Syarikat teknologi terkemuka di Jepun iaitu Sharp telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Sharp Aquos R3. Boleh dikatakan ini adalah peranti pertama yang menggunakan rekaan sebegini. Di bahagian atas mempunyai fungsi kamera hadapan 16.3MP dan speaker manakala di bahagian bawah adalah speaker. Ini bermaksud, Aquos R3 menggunakan stereo speaker di bahagian hadapan yang menggunakan teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Pada rekaan skrin, Aquos R3 menggunakan panel skrin Pro IGZO LCD dengan resolusi 3120 x 1440 piksel yang bersaiz 6.2-inci. Tambahan lagi, ia juga mempunyai kebolehan fresh rate 120Hz seperti Razer Phone 2 yang membolehkan anda bermain game dengan pengalaman yang terbaik.

Selain itu, peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 yang terkini. Menggunakan bateri sebesar 3,200mAh yang menyokong pengecasan tanpar wayar 11W. Jika melihat pada kamera, Aquos R3 menggunakan dwi-kamera 12.2MP f/1.7 (78 darjah FOV) dan 20MP f/2.4 (125 darjah FOV) juga mempunyai fungsi AI seperti yang ada pada kebanyakan peranti lain.

Buat masa ini, harga jualan rasmi masih menjadi tanda tanya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: