Semua yang anda perlu tahu tentang OnePlus 7 Pro

OnePlus semalam baru sahaja melancarkan peranti terbaru dari mereka iaitu OnePlus 7 Pro di New York, AS. Ia mempunyai spesifikasi yang mengagumkan dengan tanda harga bermula $669 (RM2790).

KAMERA

Pada siri kali ini, secara jelas OnePlus memberi kepuasan dari segala aspek. Dari segi rekaan, prestasi, fungsi dan keupayaan kamera. OnePlus mempunyai Tri-Kamera 48MP f/1.6 + 16MP f/2.2 (Ultra Wide) + 8MP f/2.4 (telefoto). Pada fungsi lain, kamera OnePlus 7 Pro mempunyai 3x Optikal Zoom, Dwi OIS, UltraShot, Nightscape 2.0 untuk ambil gambar terbaik waktu gelap dan malam, Laser Autofocus dan Pop-up kamera 16MP f/2.0 (Wide) pada bahagian hadapan.

Pemarkahan dari DxOMark juga telah menunjukkan OnePlus 7 Pro mendapat markah sebanyak 111 secara keseluruhan pada kamera utama dan mendapat tempat ke-3 di bawah Samsung Galaxy S10 5G dan Huawei P30 Pro masih di tempat pertama. Manakala kamera hadapan mendapat markah 86.

OnePlus juga melaporkan bahawa mereka telah menguji ketahanan Pop-up kamera dan mampu bertahan sehingga 300,000.

PRESTASI

OnePlus sebelum pelancaran peranti ini telah menekankan bahawa OnePlus 7 Pro bakal dikuaskan dengan kepantasan yang luar biasa. Sebagai syarat wajib peranti kelas atasan, OnePlus 7 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 855, pilihan RAM sehingga 12GB dan mempunyai RAM Boost.

Dengan menjanjikan kelajuan, OnePlus 7 Pro juga adalah peranti pertama dipasaran menggunakan storan memori UFS 3.0 dengan kelajuan 2x kali ganda daripada UFS 2.1 yang ada pada peranti dipasaran sekarang. Storan yang ditawarkan adalah 128GB atau 256GB sahaja.

Sebagai syarat wajib prestasi yang unggul semasa bermain permainan di peranti, OnePlus 7 Pro juga mempunyai 10-lapisan Liquid Cooling System bagi mengelakkan kepanasan yang melampau semasa menggunakannya.

PAPARAN

OnePlus 7 Pro dibekalkan dengan paparan skrin Fluid AMOLED yang bersaiz 6.67-inci (~88.1% ratio skrin-ke-badan) dengan resolusi 1440 x 3120 piksel 9.5:9 ratio (~516 ppi density). Skrin bahagian sisi juga berbentuk melengkung seperti skrin Samsung Galaxy S10.

Apa yang menarik pada paparan OnePlus 7 Pro adalah ia mempunyai fresh rate 90Hz dan pengiktirafan HDR10+. Anda dapat pengalaman melihat peranti ini dengan lain baik. Malah bermain permainan tanpa sangkut dan warna yang begitu cantik.

Fungsi In-Display fingerprint generasi ke-3 pada OnePlus 7 Pro juga dilaporkan mempunyai kepantasan sehingga 0.21 saat sahaja. In-Display Fingerprint pada OnePlus 7 Pro adalah jenis sensor optik. Masih ada lampu terang yang akan terpancar semasa membuka peranti. Selain itu juga, ia masih mempunyai Face Unlock.

PENGECASAN DAN BATERI

WARP Charge telah mula diperkenalkan buat OnePlus 6T versi McLaren. Untuk siri OnePlus 7, tiada lagi DASH Charge dan digantikan dengan WARP Charge yang mempunyai kuasa hingga 30W. Anda boleh mengecas OnePlus 7 Pro dalam masa 20 minit untuk 50% bateri melalui kabel USB 3.1 GEN1.

Apa yang saya kagum lagi dengan OnePlus 7 Pro adalah ia masih boleh dibekalkan dengan bateri sebesar 4,000mAh walaupun mempunyai pelbagai teknologi baharu yang di implementasi di dalam peranti ini.

OXYGEN OS 9.5

Untuk bahagian perisian, OnePlus 7 Pro didatangkan bersama OxygenOS 9.5 (Android 9 Pie dan beberapa fungsi menarik yang baru iaitu Zen Mode dan Fnatic Mode. Dengan Zen Mode, anda boleh berehat sebentar dari menggunakan peranti anda selama 20 minit.

Manakala Fnatic Mode, anda boleh mengelakkan sebarang gangguan ketika bermain permainan di peranti jika mengaktifkan mod ini. Selain itu, ia juga mengoptimumkan prestasi peranti anda. Selain itu, pelbagai lagi fungsi baru yang ada pada OxygenOS 9.5.

OnePlus turut menyatakan sokongan kemaskini perisian sehingga 2 tahun dan kemaskini perisian keselamatan Android sehingga 3 tahun. Jadi, pengguna OnePlus 7 Pro mungkin akan mendapat kemaskini sehingga Android R (2020) atau Android S (2021) sahaja.

FUNGSI-FUNGSI LAIN

Buat pengguna yang gemarkan mendengar lagu, tonton video dan bermain permainan di OnePlus 7 Pro. OnePlus tidak mengabaikan keupayaan speaker pada OnePlus 7 Pro kerana ia juga mempunyai Stereo Speaker dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman yang lebih baik.

Selain itu, OnePlus juga perkenalkan Haptic Engine baharu untuk meningkatkan pengalaman dengan membolehkan anda berinteraksi dengan peranti anda pada tahap lebih baik. Dapatkan tindakan balas yang lebih baik dengan setiap sentuhan.

HARGA DAN WARNA

Warna yang ditawarkan untuk OnePlus 7 Pro adalah Mirror Grey, Nebula Blue dan Almond. Jika dilihat pada warna, Nebula Blue adalah warna yang baru diperkenalkan oleh OnePlus. Tidak seperti Almond yang pernah diperkenalkan sebelum ini dengan nama Soft Gold.

Harga rasmi untuk jualan antarabangsa (Tukaran wang asing) :

  • 6GB/128GB $649 = RM2,790
  • 8GB/256GB $699 = RM2,915
  • 12GB/256GB $749 = RM3,124

Harga jangkaan jualan rasmi di Malaysia oleh Xian Feng :

  • 6GB/128GB = RM3,599
  • 8GB/256GB = RM3,899
  • 12GB/256GB = RM4,399

Pelancaran rasmi di Malaysia bakal diadakan pada 21 Mei ini. Sama-sama kita nantikan harga rasmi di Malaysia nanti.