Reviu OnePlus 7 Pro – Ketahanan bateri dan kelajuan pengecasan

Setelah menggunakan OnePlus 7 Pro untuk 3 hari, saya telah menguji beberapa aspek penting yang saya kira ramai pengguna ingin tahu. Lebih-lebih lagi pengguna yang sedang menantikan kehadirannya di Malaysia setelah ia dilancarkan secara rasmi pada 21 Mei yang lepas.

KETAHANAN BATERI – 4,000mAh

Pada ketahanan bateri, saya telah mengecas penuh 100% pada jam 9.00 pagi dan cabut dari wayar pada jam yang sama. Ujian ketahanan bateri dilakukan dengan menggunakan :

  • Google, Facebook dan Twitter
  • Main PUBG, Alita & Modern Combat 5
  • Tonton video di YouTube
  • Dengar lagu di Apple Music
  • Ambil beberapa keping gambar dan video
  • Muat turun perisian Oxygen OS 9.5.4
  • Muat turun semua aplikasi yang diperlukan
  • Notification media sosial aktif
  • Skrin 90Hz dikekalkan dari awal
  • Tidak aktifkan bateri saving
  • Theme – Dark
  • WiFi, Hotspot & line SIM-Kad

Tepat pada jam 4.00 petang. Bateri menunjukkan 55% yang masih tinggal setelah digunakan selepas cas yang terakhir 7 jam yang lepas. Pada ketika ini, Screen on Time (SoT) adalah 3 jam. Maknanya saya hanya menggunakan fon ni selama 3 jam sahaja sepanjang 7 jam yang lepas.

Selepas bermain dua kali game PUBG Mobile, saya dapati OnePlus 7 Pro memberi kesan yang agak panas semasa dipegang walaupun saya menggunakan casing yang diberi dalam kotak bungkusan.

Pada jam 7.45 petang, peratusan bateri telah menunjukkan 20% setelah digunakan selama 11 jam yang lepas. Sepanjang 4.00 petang hingga 7.45 petang, penggunaan bateri agak tinggi memandangkan penggunaan Facebook yang agak tinggi. Ketika ini Screen on Time (SoT) adalah 5 jam.

Dan yang terakhir pada jam 10.13 malam, bateri menurun sehingga 1% setelah 13 jam bateri OnePlus 7 Pro ini bertahan. Ketika ini, Screen on Time (SoT) adalah 6 jam. Bateri habis 0% tepat pada 10.25 malam. Dari 1% ke 0% dalam masa 12 minit sahaja.

KELAJUAN PENGECASAN – 30W

Buat pengetahuan anda, WARP Charge telah mula diperkenalkan pada OnePlus 6T McLaren Edisi Khas. Dan kini menjadi pengecasan baru buat siri OnePlus 7 menggantikan DASH Charge.

Berdasarkan pengiraan yang teliti, ini adalah hasilnya :

  • 10.25PM 0%
  • 11.03PM 64%
  • 11.31PM 94%
  • 11.40PM 100%

Jika dikira dari jam 10.20 malam hingga 11.40 malam, kelajuan WARP Charge adalah sepantas 1 jam 15 minit untuk mencapai bateri penuh dari 0% hingga 100%.

Ia sememangnya cukup pantas untuk sesebuah peranti masa kini. Dengan ketahanan bateri yang cukup dalam masa sehari, ia sememangnya sangat memuaskan. Bateri tahan lama, tambah pula dengan cas yang laju. Cukup sempurna!

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: