Redmi K20 vs Xiaomi Mi 9 – Perbandingan spesifikasi!

Umum sedia maklum bahawa Xiaomi telah mengumumkan sub-jenama terbaru mereka iaitu Redmi pada awal bulan Januari tahun ini. Selain Redmi, Pocophone juga adalah sub-jenama dari Xiaomi.

Jika melihat pada spesifikasi yang ditawarkan, ia teramatlah diluar jangkaan dan berbaloi. Pocophone F1 adalah peranti pertama dari Xiaomi yang memecahkan tradisi cipset kelas atasan dengan harga yang murah. Bawah RM1,500 sahaja harga jualan di Malaysia.

Seterusnya di ikuti dengan Xiaomi Mi 9 yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 yang paling terbaru dari Qualcomm dijual dengan harga bermula RM1,699 untuk set rasmi di Malaysia. Cukup murah dan berbaloi!

Dalam pada itu, Xiaomi sekali lagi di lihat bakal letuskan satu lagi peranti yang diluar jangkaan terhadap sub-jenama mereka Redmi pada model Redmi K20 yang sekarang ini menjadi bualan ramai.

Walaupun Redmi K20 masih belum rasmi, ia dikhabarkan bakal menjadi “flagship killer” dengan harga yang diluar jangkaan seperti Pocophone F1. Baru-baru ini juga undian dari AnTuTu, Redmi K20 mendapat permakahan yang tertinggi mengalahkan Xiaomi Mi 9.

Menerusi spesifikasi yang tertiris, mari kita lihat secara jelas perbandingan antara Xiaomi Mi 9 dan Redmi K20 :

CIPSET

  • Mi 9 : Snapdragon 855, UFS 2.0
  • K20 : Snapdragon 855, UFS 2.1

SKRIN

  • Mi 9 : 6.39-inci Super AMOLED (~403 ppi)
  • Mi 9 : WaterDrop Notch
  • K20 : 6.39-inci OLED (~403 ppi)
  • K20 : Full Display

BATERI

  • Mi 9 : 3,300mAh
  • K20 : 4,000mAh

JENIS PENGECASAN

  • Mi 9 : Pengecasan pantas 27W, Wireless Charge 20W
  • K20 : Pengecasan pantas 27W

KAMERA

  • Mi 9 : Tri-kamera 48MP f/1.8 + 16MP f/2.2 + 12MP f/2.2
  • K20 : Tri-kamera 48MP f/1.7 + 16MP f/2.4 + 12MP f/2.4
  • Mi 9 : Swafoto 20MP f/2.0
  • K20 : Pop-up 20MP f/2.0

STORAN MEMORI

  • Mi 9 : 6GB RAM, 64GB/128GB ROM
  • K20 : 6GB/8GB RAM, 128GB/256GB ROM

HARGA

  • Mi 9 : RM1,699 – RM1,999
  • K20 : Dijangka RM1,499 – RM1,699

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: