Redmi K20 bakal dilancarkan secara rasmi pada 28 Mei ini

Segala tentang Redmi K20 sudah tersebar meluas pada beberapa minggu ni. Xiaomi juga menerusi gambar yang ditunjukkan telah mengacah Redmi K20 adalah peranti yang bakal menjadi flagship killer 2.0.

Segala persoaalan masih belum menjadi titik noktah selagi ia belum rasmi di lancarkan. Oleh itu, Xiaomi telah mengeluarkan satu poster tarikh pelancaran rasmi Redmi K20 yang dijadualkan pada 28 Mei nanti. Dengan slogan “Whatever it takes” dan gambar ahli tinju, ia dilihat seakan mencerminkan aura Redmi K20.

Redmi K20 bakal dikuasakan dengan Snapdragon 855 yang mendapat skor tertinggi di AnTuTu. Mempunyai rekaan skrin penuh tanpa takuk, bateri sebesar 4,000mAh, kamera hadapan yang terangkat (pop-up) dan tri-kamera utama.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 28 Mei ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: