Rakyat China menunjukkan solidariti terhadap Huawei dengan memusnahkan iPhone

Berikutan pengharaman Huawei di Amerika Syarikat (AS) dan kerjasama antara beberapa syarikat teknologi terbesar bersama Huawei yang terjejas, rakyat China telah menunjukkan sokongan mereka terhadap Huawei.

Solidariti rakyat China kini sedang memboikot peralatan dari AS. Menerusi video yang tular juga, terlihat iPhone yang dimusnahkan sebagai tanda sokongan terhadap isu yang sedang hangat. Ketika ini rakyat China sememangnya memainkan peranan yang penting.

Hatta, ada laporan bahawa pengguna iPhone dari China yang sudah sebati bersama iPhone selama 10 tahun turut bertukar kepada fon Huawei sebagai tanda sokongan produk tempatan China.

Berikutan isu ini, saya pasti Apple adalah salah satu syarikat yang akan turut terjejas memandangkan kilang pengeluaran mereka berpangkalan di China. Selain itu, pengguna iPhone di China juga dijangka akan turun secara mendadak dan bertukar ke jenama fon tempatan sebagai solidariti mereka.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: