Qualcomm dan Intel juga turut terpalit terhadap sekatan Huawei di AS

Dengan pengisytiharaan pengharaman terhadap Huawei oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), bukan sahaja kerjasama antara Google dan Huawei yang terjejas.

Malah syarikat pengeluar perkakasan (cip) terbesar dunia Qualcomm dan Intel juga turut terpalit berhubung isu ini memandangkan mereka adalah syarikat yang bertapak AS.

Berhubung isu ini, Qualcomm dan Intel dilaporkan telah menyekat tawaran bekalan perkakasan mereka terhadap Huawei sehingga notis selanjutnya dikemukakan. Intel adalah pembekal cip pelayan dan pemprosesan untuk barisan laptop Huawei. Ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengeluaran laptop dari Huawei.

Untuk sekatan dari Qualcomm, ia mungkin tidak memberi impak yang besar memandangkan Huawei mengeluarkan cip pemprosesan untuk peranti mereka sendiri iaitu HiSilicon Kirin.

Selain itu, Huawei juga dikhabarkan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan ini dan dalam proses membangunkan perisian seperti Windows dan sistem operasi peranti seperti Android mereka sendiri. Setakat ini Windows masih belum keluarkan kenyataan mereka berhubung isu sekatan Huawei di AS.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: