Poster rasmi Realme X yang dikuasakan dengan Snapdragon 710

Realme adalah salah satu jenama yang agak baru dalam arena teknologi dan ia juga adalah Sub-Jenama kepada OPPO dengan memfokuskan sasaran pasaran yang berbeza berbanding OPPO.

Di Weibo hari ini Realme telah menunjukkan peranti terbaru mereka iaitu Realme X yang dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei (Rabu ini). Realme X adalah peranti kelas pertengahan yang mempunyai spesifikasi premium seperti siri VIVO V15.


Menerusi gambar yang dikongsikan di Weibo, Realme X dilihat menggunakan Dwi-Kamera utama Sony IMX586 48MP + 5MP  dan Pop-Up kamera 16MP di hadapan. Menggunakan panel belakang berwarna ungu dan putih gradient yang mempunyai kilauan berbentuk S yang tampak premium.

Selain itu, antara spesifikasi lain yang tertiris adalah :

  • Bateri 3,680mAh
  • VOOC Flash Charge 3.0
  • Android Pie 9.0, ColorOS 6.0
  • Skrin 6.5-inci FHD+ AMOLED
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • RAM mencecah 8GB
  • In-Display Fingerprint

Dilaporkan juga Realme X akan dijual di China dengan harga tidak lebih dari ¥2000. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia mengikut tukaran wang asing semasa, Realme X berharga RM1,210.

Saya juga menjangkakan spesifikasi yang paling rendah buat Realme X bakal di jual di Malaysia dengan harga bawah RM1,000. Namun ia masih belum rasmi lagi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 15 Mei ini.