Peranti VIVO Berharga RM999 Ni Mempunyai Tri-Kamera Dan Bateri Yang Gila Besar!

Jika anda masih mencari-cari peranti yang berharga bawah RM1000, VIVO Y17 adalah salah satu pilihan yang terbaik anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Peranti ini menfokuskan pada spesifikasi kelas pertengahan dengan ciri yang cukup menarik.

VIVO Y17 dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6765 Helio P350 dan dibekalkan dengan 4GB RAM, juga mempunyai storan dalam sebesar 128GB. Cukup besar untuk penyimpanan fail-fail seperti gambar dan video yang berkualiti. Peranti ini juga mempunyai Ultra Game Mode untuk meningkatkan prestasi semasa bermain game.

Untuk ketahanan penggunaan harian juga, VIVO Y17 ini mempunyai bateri yang cukup besar iaitu sebesar 5,000mAH bersama pengecasan pantas 18W. Pada bahagian hadapan, ia mempunyai skrin LCD sebesar 6.35-inci HD+ (720×1544 piksel) dengan paparan penuh dan WaterDrop Notch.

Tambahan lagi, peranti ini juga mempunyai keupayaan kamera yang cukup menarik. Ia dibekalkan dengan AI Tri-kamera 13MP f/2.2 + 8MP f/2.2 (ultrawide) + 2MP f/2.4 (Depth Sensor) sebagai kamera utama. Manakala kamera swafoto menggunakan 20MP f/2.0.

Sebagai syarat utama peranti masa kini, VIVO Y17 mempunyai sensor fingerprint dibahagian belakang, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, menyokong Dw nano-SIM dan mempunyai slot memori kad sehingga 256GB.

Warna “Magical Color Fusion” yang ditawarkan juga kelihatan sangat cantik dengan gabungan 2 warna yang kelihatan sangat elegen dan premium. Ia adalah warna gradient terbaru dari VIVO. Anda boleh memilih sama ada warna Mineral Blue atau Mystic Purple.

Harga rasmi yang ditawarkan di Malaysa adalah berharga RM999. Dengan pelbagai tawaran ciri, fungsi terkini dan warna yang kelihatan elegen pada VIVO Y17, saya kira ia cukup berbaloi untuk anda mendapatkannya.