Pengiktirafan Paparan HDR10+ Dan Warna Baru Buat OnePlus 7 Pro

Belum lagi pelancaran rasminya pada 14 Mei ini, pelbagai informasi yang tepat telah tersebar mengenai siri OnePlus 7. Beberapa info juga banyak dikongsikan oleh CEO OnePlus sendiri iaitu Pete Lau menerusi Twitter rasmi beliau.

Sebelum ini kita sudah dengar mengenai OnePlus 7 Pro menyokong storan memori UFS 3.0. Selain itu siri OnePlus 7 juga tiada pengiktirafan IP rating sebagai pengurangan kos jualan dan harga jualan di India yang telah tersebar. Hatta, spesifikasi penuh juga turut tersebar melalui laman Twitter yang dikongsikan oleh SlashLeaks.

Pete Lau juga turut mengesahkan bahawa OnePlus 7 Pro satu-satunya peranti mereka yang mempunyai pengiktirafan HDR10+ pada paparan OLED skrin mereka. HDR10+ dapat memberikan paparan dynamic range yang lebih baik. Selain itu, kecerahan mampu mencecah sehingga 4000 nits jika dibandingkan dengan HDR10 hanya 3000 nits. Selain OnePlus 7 Pro, Samsung Galaxy S10 adalah peranti yang di iktiraf HDR10+.

Menerusi gambar OnePlus 7 Pro yang turut tersebar baru-baru ini, OnePlus 7 Pro dilihat bakal mempunyai 3 pilihan warna. Iaitu Mirror Grey, Ocean Blue dan Almond.

Jika melihat dari sejarah peranti OnePlus, mereka tidak pernah keluarkan peranti dengan warna Ocean Blue dan Almond. OnePlus 7 Pro adalah peranti pertama mereka yang mempunyai warna yang berlainan. Namun warna dilihat Almond mungkin pengganti kepada warna Soft Gold yang pernah diperkenalkan oleh OnePlus pada model OnePlus 3.

Gambar oleh : SlashLeaks