Pengguna Huawei tak perlu panik

Menerusi berita yang sedang tersebar mengenai pengharaman kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei, pengharaman Huawei di AS telahpun berkuatkuasa serta merta.

Ia termasuk larangan perkhidmatan Google pada peranti Huawei dan larangan kerjasama antara syarikat teknologi besar di AS seperti Qualcomm, Intel dan NVIDIA. Jika ada cadangan kerjasama, ia perlu mendapat kelulusan dari kerajaan AS terlebih dahulu.

Dalam pada itu, laman Twitter rasmi Android telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akur akan penguatkuasaan yang diperintah oleh kerajaan AS dan memberi jaminan kepada pengguna terhadap perkhidmatan Google Play dan keselamatan dari Google Play Protect akan terus berfungsi pada peranti Huawei sedia ada.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung isu ini yang dikeluarkan oleh pihak Huawei. Apa yang pasti, Untuk peranti Huawei yang sedia ada, anda tidak lagi menerima kemaskini baharu. Namun, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan Google Play Store pada peranti Huawei yang sedia ada. Akan tetapi, pelbagai kemungkinan boleh berlaku terhadap peranti Huawei dalam jangka masa pendek ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: