PC boleh lipat dari Lenovo yang pertama didunia!

Jika anda merasakan telefon boleh itu sesuatu yang luar biasa dan inovasi baharu, PC boleh lipat juga antara perkara baru yang anda mungkin boleh teruja kerana keupayaannya yang agak mengagumkan.

Gambar : The Verge

Lenovo baru-baru ini telah menunjukkan jenis PC atau lebih nampak sesuai dipanggil sebagai laptop yang boleh dilipat pertama didunia. Ia adalah Lenovo ThinkPad X1. Satu-satunya laptop dengan skrin boleh dilipat didunia.

Teknologi pada ThinkPad X1 ini boleh juga dikaitkan dengan Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X yang mempunyai keupayaan skrin boleh lipat sama seperti Lenovo ThinkPad X1 ini. Akan tetapi mempunyai tujuan yang berbeza. Sementara ThinkPad X1 mempunyai perisian Windows, Galaxy Fold dan Mate X dijalankan dengan perisian Android. Hanya rupa yang seakan sama.

Menerusi perkongsian dari The Verge, dapat lihat seorang wakil mereka yang mencuba sendiri ThinkPad X1. Dapat lihat krin yang digunakan kelihatan seperti skrin Huawei Mate X yang nampak murah dan mempunyai lapisan hitam seakan kain dibahagian tengah bingkai. Bila skrin dibuka, kelihatan kain itu terangkat dan ia agak meragukan jika ia dilepaskan pada pengguna seperti itu. Namun, buat masa ini hanyalah sebagai prototaip dan tidak rasmi lagi dilancarkan buat pengguna.

Gambar : The Verge

Skrin yang digunakan pada ThinkPad X1 ini adalah skrin jenis 2K OLED yang bersaiz 13.3-inci. Boleh dikatakan saiz skrin ini adalah sebesar MacBook 13-inci yang tiada papan kekunci. Hanya ada skrin semata yang mampu berfungsi sebagai papan kekunci atau paparan dan ia juga boleh menggunakan papan kekunci lain melalui sambungan Bluetooth.

Kegunaan dan keupayaannya sebagai PC yang boleh dilipat pada saya ia tampak inovatif. Kerana ia mungkin mempunyai keupayaan seperti Microsot Surface Pro yang mempunyai pilihan 2-dalam-1 iaitu sebagai laptop atau sebagai tablet.

Gambar : The Verge

Namun seperti biasa, kualiti skrin yang boleh dilipat buat masa ini amat meragukan pengguna memandangkan Galaxy Fold mempunyai reputasi yang kurang baik diawal perkenalan malah menunda pelancarannya.

Setakat ini tiada info lanjut tentang spesifikasi yang digunakan terhadap ThinkPad X1 ini. Hatta, Lenovo mungkin bakal melancarkan PC boleh lipat ini pada tahun 2020.