Oppo Reno rasmi di Malaysia dengan harga RM1,999

Oppo hari ini secara rasmi telah melancarkan Oppo Reno di Malaysia dengan spesifikasi peranti kelas pertengahan yang dikuasakan dengan Snapdragon 710.

Untuk Oppo Reno, spesifikasi yang ditawarkan amat menarik dan boleh dikatakan premium buat peranti kelas pertengahan.

Pada bahagian hadapan, Oppo Reno menggunakan OLED Panoramic Skrin bersaiz 6.4-inci dengan resolusi 2340×1080 piksel. Ketahanan pada skrin ini adalah jenis Corning Gorilla Glass 6. Selain itu pada bahagian keselamatan, Oppo Reno menggunakan Hidden Fingerprint 2.0 yang di implementasi dibawah skrin.

Secara jelas pada siri Oppo Reno kali ini, Oppo memfokuskan pada keupayaan kamera. Oppo Reno mempunyai dwi-kamera 48MP f/1.7 dan 5MP f/2.4. Pada kamera hadapan, dilihat rekaan kali ni amat berlainan dengan rekaan kamera boleh terangkat yang lain. Ia dilihat seperti sirip ikan yang mempunyai kamera 16MP f/2.0.

Untuk prestasi yang baik, Oppo Reno dibekalkan dengan 6GB RAM dan storan memori sebesar 256GB. Cukup besar untuk menyimpan fail, gambar dan video yang berkualiti.

Untuk ketahanan harian, Oppo Reno mempunyai bateri sebesar 3,765mAh bersama dengan pengecasan pantas VOOC FlashCharge 3.0. Pada siri Reno juga Oppo masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan menjalan sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9 Pie.

Pilihan warna yang ditawarkan adalah warna Jet Black dan Ocean Green. Permukaan pada panel belakang warna Ocean Green sedap dipegang dan tiada kesan cap jari kerana ia menggunakan lapisan jenis matte, bukan kaca. Manakala Jet Black adalah jenis kaca.

Harga yang ditawarkan buat Oppo Reno adalah berharga RM1,999. Pra-tempahan bermula 17 Mei sehingga 27 Mei. Jadi, anda boleh gunakannya sebelum raya. Pada Pra-tempahan juga, anda akan mendapat hadiah menarik seperti :

  • Smart Battery Case – RM199
  • Tambahan Warranty 1 tahun – RM119
  • Screen Protection Warranty – RM119


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: