OPPO Reno 10X Mempunyai Keupayaan Digital Zoom Sehingga 60X Kali

Fungsi zoom tidak asing lagi bagi jenama HUAWEI dimana beberapa bulan lalu mereka telah perkenalkan peranti dengan fungsi 10X Loseless Zoom dan 50X Digital Zoom pada model P30 Pro sehingga boleh mengambil gambar bulan dengan kualiti yang baik berbanding peranti lain yang berada di pasaran.

OPPO juga tidak ketinggalan memperkenalkan peranti baru mereka siri OPPO Reno dengan rekaan yang dilihat lain dari yang lain dan Pop-Up kamera yang unik yang dilihat seakan sirip ikan.

Sudah tentunya pelbagai spesifikasi yang lebih baik terletak pada model Reno 10X Zoom, lebih-lebih lagi pada fungsi kamera. Reno 10X Zoom menggunakan Tri-Kamera 48MP f/1.7 (Wide), 13MP f/3.0 (telefoto) dan 8MP f/2.2 (Ultra-Wide).

Modul lensa yang digunakan juga lebih kurang seperti HUAWEI P30 Pro. Dimana ia mempunyai keupayaan kepanjangan fokus 16-160MM dan mampu zoom sehingga 60X kali. Selain itu, ia juga mempunyai OIS (Optical Image Stabilization) pada kamera utama dan telefoto.

Untuk kuasa yang lebih optimum, Reno 10X Zoom juga dikuasakan dengan Snapdragon 855, bateri sebesar 4,065mAh, pengecasan pantas VOOC Flash Charge 20W, dan sistem penyejukan yang di implementasi di dalam peranti.

Harga yang ditawarkan di China dan mengikut tukaran wang asing :

  • 6GB + 128GB : CNY3,999 = RM2,452.00
  • 8GB + 256GB : CNY4,799 = RM2,942.00

Bakal dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Mei ini. Dan di Malaysia masih tiada sebarang khabar berita tentang pelancaran rasminya. Mungkin dalam bulan ini juga.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: